Ahad, 23 Oktober 2011

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Tergerak hati untuk menulis satu peristiwa yang boleh dijadikan renungan untuk kita semua. Kisah seorang guru j-Qaf dan seorang pensyarah. Mereka sudah berkahwin hampir dua tahun. Namun dugaan mereka ialah terpaksa berpisah jauh. isteri seorang guru j-Qaf telah ditugaskan untuk mengajar di sabah manakala si suami pula telah menjadi pensyarah di johor. Penderitaan berjauhan antara suami dan isteri ini sukar dinyatakan melalui bahasa. Hanya yang pernah mengalaminya sahaja mampu merasainya. Berkat kesabaran, mereka telah dianugerahkan seorang cahaya mata pada 27 ogos 2011. Pastinya dapat menghilangkan segala penderitaan yang dialami selama ini dengan wajah seorang bayi suci. Kegembiraan silih berganti dengan sambutan hari raya Aidilfitri yang disambut pada 29 Ogos 2011. Perasaan seorang ibu dan bapa untuk menikmati hidup yang sempurna, hidup disamping isteri atau suami tercinta, bersama anak yang baru dilahirkan. Pastinya hari yang menjadi satu impian bagi pasangan ini. Suami yang merindukan isteri dan anak telah mengambil keputusan untuk membawa mereka ke Johor, tempat dimana suami bertugas. Namun, Allah s.w.t lebih memahami dan lebih menyayangi isteri dan anaknya. Pada 19 september 2011, mereka telah terlibat dalam satu kemalangan menyebabkan isteri dan anaknya meninggal.rujuk (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Perjalananakhiribuberpantang_bayi/Article)(http://suarabawahtanah.com/2011/09/20/wanita-bayi-23-hari-maut-kemalangan/). Semoga roh isteri dan anaknya diletakkan di tempat orang-orang beriman, al fatihah disedekahkan, dan semoga si suami tabah mengharungi liku kehidupan yang tidak pernah kesunyian.